Monday 10 October 2011

BAKA - BAKA ARNAB

Keluarga Anggora.

Anggora 
Negara asal: Ankara, Turkey , terdapat 4 jenis English, French, Satin & Giant . Baka tulen Giant Angora berwarna putih. Mata merah delima . sifat bulu yang lembut, halus, "Guard hairs" yang tegang dan lurus dengan fluff yang berketak dengan "guard tip" di celah-celah


English Angora 


Antara baka arnab yang popolar , digemari dan mahal , Muka dan telinga gebu dan ceria &  Berbadan padat, "cobby" , ianya seakan bola berbulu. Berbulu panjang & seperti sutera , mata merah  delima . Lemah lembut. Terlalu bersifat ingin tahu dan pandai berkawan dengan manusia. Arnab belaan yang terbaik . Spesis terkecil dari baka Angora Berat 2.2 kg - 3.6 kg.


French Angora 


Besar sedikit,dengan badan yang panjang dan kecil jika dibandingkan dengan English angora. mempunyai bulu yang banyak tetapi bulunya adalah kasar . Terdapat bulu pada telinga . Mempunyai berbagai warna  coklat putih padat dan bercorak. Berat 3.4 kg - 4.8 kg .


Satin Angora


Baka yang paling cantik tetapi kurang popular  . Sifat sama seperti Baka Anggora lain berbulu lebat dan seakan bola bulu yg besar tetapi perbezaannya terdapat pada bulunya yang seperti sutera dan berkilat. Berat 2.9kg - 4.3kg.


Giant Anggora


Merupakan jenis yang terbesar dalam baka Anggora . Mempunyai ciri yang sama seperti Baka Aggora lain .  Merupakan pengeluar bulu yg baik , bermata merah delima , biasanya berwarna putih . Bulunya memanjang 3cm hingga 1 inci sebulan sekiranya diberi makanan yang mencukupi . Bagi yang menternak untuk mendapatkan bulunya , bulunya dicukur setiap 90 hari .


Jersey Wooly 


Negara asal: New Jersey , Amerika , sejenis Arnab yang kecil yang mempunyai genetik kecil. Badan kerdil, padat dan bulat. Berbulu panjang, lebat dan gebu. Panjang yang ideal  2-3 inci. Berbagai warna. Berat adalah kurang daripada 1.5 kg . 


Dwaft Hotot


Berasal daripada Perancis. ciri-ciri unik mempunyai mata putih dengan cecincin hitam. Berbadan pendik, padat dan bulat. Badan sekata lebar dari bahu hingga ke pinggang. Kepala besar dengan tengkorak dan muncung yang lebar, Telinga pendik dan berbulu . Berat adalah daripada 1.3 kg - 4.9 kg .


Netherland Dwarf


Berasal daripada Belanda . Merupakan kacukan diantara Polish & arnab liar yang kecil.  Pelbagai warna dan corak seperti  jingga, bayangan , agouti , corak , tan , fawn , himalayan , steel , Self , dan tortoiseshell . Berbulu pendik dan padat. Telinga berbulu, tegang dan lebih pendek berbanding kepalanya .  Mempunyai tabiat suka mengigit tidak sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil .Berat kurang daripada 2 kg . 

New Zealand White


Baka berasal daripada Amerika . Merupakan baka yang sesuai untuk pedaging dan bulu . Merupakan baka yang popular di dalam industri penternakan arnab pedaging . Ciri-ciri fizikal badan yang bulat , muka yang berotot , bentuk dagu yang bulat , bersaiz besar , mempunyai kaki belakang yang panjang , telinga panjang yang tegak , bulu yang gebu dan mata berwarna merah Delima . Biasanya berwarna putih dan berat lingkungan 3.6kg - 5.4kg . 


Keluarga Rex


Berasal daripada Perancis . Ciri-ciri fizikal yang unik , berbulu seperti baldu , mempunyai texture pada bulu , Berwana hitam, biru, Amber, Black, Blue, Broken varieties, Californian, Castor, Chinchilla, Chocolate, Cinnamon, Dalmatian (broken black), Ermine or pure white, Fawn, Harlequin, Havana, Lilac, Lynx, Marten Sable, Marten Seal, Opal, Orange, Otter, Red, Sable, Seal, Satin fur varieties, Siamese Sable, Siamese Seal, Silver Seal, Smoke pearl-Marten, Smoke pearl-Siamese and Tortoiseshell. dan putih . Mampu melompat sehingga 3 kaki .   Mempunyai banyak jenis antaranya Mini Rex , Seal Point Rex , Castor Rex dan banyak lagi . Berat dalam lingkungan 3.4 kg - 4.7 kg .


Baka Giant Flemish


Giant Flemish baka arnab yang popular, yang terkenal dengan saiznya yang besar berbanding arnab lain. Giant Flemish mempunyai berat sekurang-kurangnya 5 kg, dan boleh hidup sehingga lima tahun atau lebih . Asal-usul arnab Giant Flemish yang tidak dapat dipastikan dipercayai diimport dari England dan Belgium ke Amerika pada awal tahun 1890-an. Ia tidak menerima perhatian khusus sehingga kira-kira 1910 di mana ia mula muncul di pameran ternakan kecil di seluruh negara. Hari ini, ia adalah salah satu baka yang lebih popular di pameran arnab kerana saiz yang sangat besar dan warna yang banyak . Giant Flemish arnab jenis semi-gerbang dengan gerbang belakang bermula semula bahu dan dibawa hingga ke pangkal ekor memberi bentuk"mandolin". Badan Rabbit Giant Flemish panjang dan betenaga dengan perkembangan yang baik dan hindquarters otot yang agak besar. Bucks mempunyai kepala yang luas, dan besar-besaran berbanding ke tidak.  Bulu Giant Flemish dikenali berkilat dan padat, dan apabila bulu diusap dari hindquarters kepala, bulu akan kembali ke kedudukan asal.  Mempunyai tujuh warna yang berbeza, hitam, biru, coklat, cahaya kelabu, berpasir, keluli kelabu dan putih. . Dengan baka Arnab lain "gergasi", Flemish Giant Membesar perlahan-lahan. Doe kanan boleh mengambil 1 tahun untuk mencapai kematangan penuh. Buck kanan boleh mengambil masa 1.5 tahun untuk mencapai kematangan penuh. Berat adalah diantara 5kg hingga 9kg. 


Arnab Himalayan / Assam


Arnab Himalayan / Assam (Caprolagus hispidus) ialah sejenis Arnab yang berasal dari kawasan hilir gunung Himalaya. Arnab ini dahulunya banyak sekali bilangannya, tetapi kini habitatnya teruk terjejas oleh kemusnahan hutan, pertanian, dan petempatan manusia. Ia merupakan salah sejenis Arnab yang paling jarang ditemui . Taburan bersejarah spesies ini menjangkau sepanjang kawasan hilir bukit Himalaya selatan dari Uttar Pradesh hingga Nepal selatan, kawasan utara Benggala Barat hingga Assam dan Bangladesh.Hidup di padang rumput yang tinggi dan berlindung di kawasan berhawa atau rumput yang berdekatan dengan tebing sungai ketika musim kemarau, apabila kawasan-kawasan ini terdedah kepada kebakaran.Arnab Assam yangg aktif pada waktu subuh dan senja. Ciri-ciri fizikal bersaiz kecil , bentuk badan yang panjang , muncung yang berwarna hitam , mempunyai bulu putih seperti sutera ke atas badan mereka. Mereka mempunyai hitam, biru, coklat atau ungu mata pada telinga, hidung, kaki dan ekor. Seperti kucing Siam, mereka akan berwarna pucat  semasa cuaca panas, dan semasa cuaca sejuk, mereka mempunyai bulu yang lebih gelap .  Perubahan warna ini tidak kekal, tetapi ia dikenali sebagai jelaga . Salah satu baka yang tertua di dunia, ia dikenali dengan banyak nama, termasuk Rusia, Cina, Hidung Hitam dan Mesir.


Arnab Carlifornian 
  

Berasal daripada Amerika . Merupakan  kacukan antara Himalayan, Standard Chinchilla & New Zealand White. ciri-ciri fizikal berbulu pendek , mempunyai telinga yang besar , bentuk badan yang bulat , mata merah jambu , Warna putih dengan hitam, cokelat, hidung, telinga, kaki dan ekor warna biru dan ungu lembut . Merupakan pengeluar daging yang kedua terbaik .  Berat  diantara 3.6kg - 4.7kg .



  

8 comments:

  1. wah, bagus, info ringkas dan padat, kat mana nak beli yang jenis Jersey Wooly / Dwaft Hotot? hehe..

    ReplyDelete
  2. Di mana ada jual arnab jenis Giant Flemish.Nak tahu harganya juga.

    ReplyDelete
  3. Hi bole dapat kan email en/cik tak? Sebab sy nak tanya arnab sy baka jenis apa. Sini tak bole send gambar pulak.

    ReplyDelete
  4. Hi saya ada arnab telinga bsar saya xpasti spesis nya apa... Sbb sy beli dia msa msih kcil dia bukan jnis pendaging

    ReplyDelete
  5. teddy bear n lion head tak ade ke...

    ReplyDelete
  6. Caesar Casino Slot Review - Shootercasino
    Caesar Casino was launched in 제왕 카지노 the state in 2019. It is considered to be the most reputable online casino and 메리트카지노 is one of the best งานออนไลน์ in the world with

    ReplyDelete