Keluarga Anggora.
Anggora
Negara asal: Ankara, Turkey , terdapat 4 jenis English, French, Satin & Giant . Baka tulen Giant Angora berwarna putih. Mata merah delima . sifat bulu yang lembut, halus, "Guard hairs" yang tegang dan lurus dengan fluff yang berketak dengan "guard tip" di celah-celah
English Angora
Antara baka arnab yang popolar , digemari dan mahal , Muka dan telinga gebu dan ceria & Berbadan padat, "cobby" , ianya seakan bola berbulu. Berbulu panjang & seperti sutera , mata merah delima . Lemah lembut. Terlalu bersifat ingin tahu dan pandai berkawan dengan manusia. Arnab belaan yang terbaik . Spesis terkecil dari baka Angora Berat 2.2 kg - 3.6 kg.
French Angora
Besar sedikit,dengan badan yang panjang dan kecil jika dibandingkan dengan English angora. mempunyai bulu yang banyak tetapi bulunya adalah kasar . Terdapat bulu pada telinga . Mempunyai berbagai warna coklat putih padat dan bercorak. Berat 3.4 kg - 4.8 kg .
Satin Angora
Baka yang paling cantik tetapi kurang popular . Sifat sama seperti Baka Anggora lain berbulu lebat dan seakan bola bulu yg besar tetapi perbezaannya terdapat pada bulunya yang seperti sutera dan berkilat. Berat 2.9kg - 4.3kg.
Giant Anggora
Merupakan jenis yang terbesar dalam baka Anggora . Mempunyai ciri yang sama seperti Baka Aggora lain . Merupakan pengeluar bulu yg baik , bermata merah delima , biasanya berwarna putih . Bulunya memanjang 3cm hingga 1 inci sebulan sekiranya diberi makanan yang mencukupi . Bagi yang menternak untuk mendapatkan bulunya , bulunya dicukur setiap 90 hari .
Jersey Wooly
Negara asal: New Jersey , Amerika , sejenis Arnab yang kecil yang mempunyai genetik kecil. Badan kerdil, padat dan bulat. Berbulu panjang, lebat dan gebu. Panjang yang ideal 2-3 inci. Berbagai warna. Berat adalah kurang daripada 1.5 kg .
Dwaft Hotot
Berasal daripada Perancis. ciri-ciri unik mempunyai mata putih dengan cecincin hitam. Berbadan pendik, padat dan bulat. Badan sekata lebar dari bahu hingga ke pinggang. Kepala besar dengan tengkorak dan muncung yang lebar, Telinga pendik dan berbulu . Berat adalah daripada 1.3 kg - 4.9 kg .
Netherland Dwarf
Berasal daripada Belanda . Merupakan kacukan diantara Polish & arnab liar yang kecil. Pelbagai warna dan corak seperti jingga, bayangan , agouti , corak , tan , fawn , himalayan , steel , Self , dan tortoiseshell . Berbulu pendik dan padat. Telinga berbulu, tegang dan lebih pendek berbanding kepalanya . Mempunyai tabiat suka mengigit tidak sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil .Berat kurang daripada 2 kg .
New Zealand White
Baka berasal daripada Amerika . Merupakan baka yang sesuai untuk pedaging dan bulu . Merupakan baka yang popular di dalam industri penternakan arnab pedaging . Ciri-ciri fizikal badan yang bulat , muka yang berotot , bentuk dagu yang bulat , bersaiz besar , mempunyai kaki belakang yang panjang , telinga panjang yang tegak , bulu yang gebu dan mata berwarna merah Delima . Biasanya berwarna putih dan berat lingkungan 3.6kg - 5.4kg .
Keluarga Rex
Berasal daripada Perancis . Ciri-ciri fizikal yang unik , berbulu seperti baldu , mempunyai texture pada bulu , Berwana hitam, biru, Amber, Black, Blue, Broken varieties, Californian, Castor, Chinchilla, Chocolate, Cinnamon, Dalmatian (broken black), Ermine or pure white, Fawn, Harlequin, Havana, Lilac, Lynx, Marten Sable, Marten Seal, Opal, Orange, Otter, Red, Sable, Seal, Satin fur varieties, Siamese Sable, Siamese Seal, Silver Seal, Smoke pearl-Marten, Smoke pearl-Siamese and Tortoiseshell. dan putih . Mampu melompat sehingga 3 kaki . Mempunyai banyak jenis antaranya Mini Rex , Seal Point Rex , Castor Rex dan banyak lagi . Berat dalam lingkungan 3.4 kg - 4.7 kg .
Baka Giant Flemish
Arnab Himalayan / Assam
Arnab Himalayan / Assam (Caprolagus hispidus) ialah sejenis Arnab yang berasal dari kawasan hilir gunung Himalaya. Arnab ini dahulunya banyak sekali bilangannya, tetapi kini habitatnya teruk terjejas oleh kemusnahan hutan, pertanian, dan petempatan manusia. Ia merupakan salah sejenis Arnab yang paling jarang ditemui . Taburan bersejarah spesies ini menjangkau sepanjang kawasan hilir bukit Himalaya selatan dari Uttar Pradesh hingga Nepal selatan, kawasan utara Benggala Barat hingga Assam dan Bangladesh.Hidup di padang rumput yang tinggi dan berlindung di kawasan berhawa atau rumput yang berdekatan dengan tebing sungai ketika musim kemarau, apabila kawasan-kawasan ini terdedah kepada kebakaran.Arnab Assam yangg aktif pada waktu subuh dan senja. Ciri-ciri fizikal bersaiz kecil , bentuk badan yang panjang , muncung yang berwarna hitam , mempunyai bulu putih seperti sutera ke atas badan mereka. Mereka mempunyai hitam, biru, coklat atau ungu mata pada telinga, hidung, kaki dan ekor. Seperti kucing Siam, mereka akan berwarna pucat semasa cuaca panas, dan semasa cuaca sejuk, mereka mempunyai bulu yang lebih gelap . Perubahan warna ini tidak kekal, tetapi ia dikenali sebagai jelaga . Salah satu baka yang tertua di dunia, ia dikenali dengan banyak nama, termasuk Rusia, Cina, Hidung Hitam dan Mesir.
Arnab Carlifornian
Berasal daripada Amerika . Merupakan kacukan antara Himalayan, Standard Chinchilla & New Zealand White. ciri-ciri fizikal berbulu pendek , mempunyai telinga yang besar , bentuk badan yang bulat , mata merah jambu , Warna putih dengan hitam, cokelat, hidung, telinga, kaki dan ekor warna biru dan ungu lembut . Merupakan pengeluar daging yang kedua terbaik . Berat diantara 3.6kg - 4.7kg .
Arnab Carlifornian
Berasal daripada Amerika . Merupakan kacukan antara Himalayan, Standard Chinchilla & New Zealand White. ciri-ciri fizikal berbulu pendek , mempunyai telinga yang besar , bentuk badan yang bulat , mata merah jambu , Warna putih dengan hitam, cokelat, hidung, telinga, kaki dan ekor warna biru dan ungu lembut . Merupakan pengeluar daging yang kedua terbaik . Berat diantara 3.6kg - 4.7kg .